Tuesday, November 25, 2008

Khabar Rimboon

Salam pelabur-pelabur rimboon,

Mengikut kata yang dikhabarkan kepada saya, Cek akan dikeluarkan pada bulan 12 nanti. Dan cek ini bukan ada TUNGGAKAN, tetapi pambayaran mengikut kiraan kita seperti biasalah. Maknanya cek sebulan.( Contoh anda masuk bulan Jun 2008 dan cek terakhir terima Ogos 2008, maka cek bulan 12 adalah dikira cek ke 4 anda, bulan 9,10,11 dikira tiada ceklah. )

Dan bagi yang rasa tiada harapan nak berniaga di Rimboon, boleh meletak jawatan sebagai ahli Rimboon dan boleh mengeluarkan semua baki modal yang masih ada. Bagi yang belum pernah dapat, bolehlah ambil semua modal itu. Bagi yang dah dapat modal, anda diam-diam dan tak layak berhenti. dan cek akan dikeluarkan kepada kita dalam tempoh sebulan dari tarikh surat.

Perniagaan Rimboon masih berjalan seperti biasa. Dan projek-projek diteruskan macam biasa. Cuma pihak pengurusan gagal mengeluarkan cek apabila pengurusan akaun syarikat dikemaskini semula.

Itu saja maklumat setakat ini.

Antara Luahan Pelabur 1

1- Yang aku peliknya, purim baru kuar paper awal bulan 11 hari tu cerita tentang bisnes purim yang berkembang dan makin maju. aku tak ingat paper mana. kalau maju kenapa teruk macam ni.

2- kebanyakan biz skrg kat malaysia nih pun byk merudum..yg kes rimboon ni..nak kata tak ada modal..ramai pelabur..paling2 pun RM1500 sorang..

3- apa kata kita buat demontrasi ramai2 kat depan pejabat rimboon di bangi pada 1.12.2008 ni kalau haji ali tak kuar cek lagi sebelum tarikh tu. ajak semua member pelabur biar ramai baru gempak. biar dia tahu langit tinggi ke rendah bro.. kita mesti tuntut hak kita, sapa sokong?

4- dapat info daripada upline malam tadi..AKAUN DI BANK ISLAM MEMANG TELAH DIPINDAHKAN KE AKAUN BANK LAIN.Bank mana, saya tak dimaklumkanlah.Kenap a pindah?Itu pun saya tak tanya panjang....Wallahual am!

5- harap saudara perimboon cuba ler dptkan info lagi..kesian km para pelabur..aku sokong pasal demo 1.12.2008...

6-ada info terbaru pasal rimboon? apsal haji buat dekkk je ni bgtauler kong ke atau susah kira untung? hehehehehe adus aku pedih.....

7-mula2 sekali sebagi presiden amerika yang baru, aku kesian kat si kawe tu, pergi ngutuk tempat dia labur duit...mana rezeki nak masuk weh... patutnya ko tu doa banyak2 rimboon pulih mcm biasa... kawe pun ada kata dia nak terajang upline, lain kali kalu ada apa2 peluang tak payah le ajak si kawe tu... biar dia labur kat jamban je..

8- ebabnya...MALAYSIA BOLEH ! KITA MESTI POSITIF.. KALAU ADA IDEA DAN CADANGAN, TERUS JUMPA N BINCANG DENGAN TAUKE RIMBOON. JANGAN DOK BISING KAT BELAKANG. SEMOGA BERJAYA...AAMIN

9- aku pelik, ada jugak orang melayu mengaku warganegara amerika ...memang kesian kat obama ni, dah murtad melayu rupanya... ish...ish

10- obama buleh citer sikit kat sini,apa info terkini dan berapa lama lagi untuk leraikan segala kekusutan ini.saya yakin obama memang selalu ke opis.atau salah seorang leader rimboon.yang lain2 tuh termasuk kawe, bukan berniat demikian..cuma meluahkan kemarahan terbuku apabila pihak kompeni gagal melaksanakan janji seperti mana sebelum pelabur2 join DK dulu.Mebe cara Kawe agak kasar.

11-macamana aku tak marah... sampai kawan2 dan keluarga yang masuk rimboon kerana aku, semua skarang sedang marah kat aku. macam aku pulak yang menipu mereka..... padahal ini semua angkara haji ali. aku sanggup hilang pelaburan yang gila ini dari hilang saudara dan kawan2. kalau dah terpaksa, aku ganti duit mereka....

12-tu la pasal..hj ali ni apsal xnak release duit tu..sama je..kena bayar jugak..tp takyah la tangguh lama2..klu betul2 ade problem..bgtau je la..jgn buat org tertanya2..xpasal2 aku buang HJ ko tu karang..

Ehsan : http://perimboon.webs.com

Monday, November 24, 2008

SELAMAT DATANG!

Assalamualaikum!

Wujudnya blog ini bagi berkongsi pengalaman masing-masing atau pun maklumat terkini yang anda tahu tentang status syarikat PURim Global Sdn Bhd atau Rimboon. Sila nyatakan dalam ruangan komen di bawah ini.

Cuma buat masa ini, rasanya majoriti pelabur masih belum memperolehi cek bermula bulan September 2008.Mungkin yang bulan ogos 2008 pun belum dapat.

Dan ada juga yang gagal mendapat apa-apa cek sejak menyertai Rimboon.

Bagi Uncle, kalau ada info terkini, akan dimuatkan disini. Dan jika rakan-rakan rimboon yang ada maklumat untuk dinyatakan di sini, boleh juga diemailkan kepada uncle di pjuncle@gmail.com. Atau ada gambar yang boleh dikongsikan bersama. Yang penting kita sama-sama mengetahui apa status hak kita sebagai pelabur di Rimboon. Setelah banyak berita-berita tentang Rimboon, dan pihak pengurusan pun meminta bersabar dan terus bersabar. Dan juga tidak menjawab panggilan-panggilan pelabur.

Dan ada juga upline-upline yang agak marah apabila ditanya pasal cek bayaran tidak seperti sikap mula-mula hendak meminta pelabur-pelabur join Rimboon dengan muka yang manis dan lemah lembut. Bagi uncle itu lumrah, mungkin mereka ada tekanan tertentu dan juga rasa bersalah juga dengan dowline-downline mereka.